Senin, 15 Februari 2010

{ Fasal 1 }


  1. Diberkatilah orang, yang tidak berjalan menurut bimbingan orang durjana
  2. atau berdiri di jalan orang berdosa

    atau duduk di kerusi orang yang mengejek.

  3. Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan,
  4. dan tentang hukum-Nya dia berfikir siang malam.

  5. Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
  6. yang menghasilkan buahnya pada musimnya

    dan daunnya tidak layu.

    Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.

  7. Tidak demikian orang durjana!
  8. Mereka seperti sekam

    yang dilayangkan angin.

  9. Oleh itu orang durjana tidak akan bertahan dalam penghakiman
  10. begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.

  11. Kerana Tuhan menaungi jalan orang benar,
  12. tetapi jalan orang durjana akan binasa.

{ Fasal 2 }


  1. Mengapakah bangsa-bangsa berpakat
  2. dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?

  3. Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian
  4. dan para pemerintah bermuafakat

    untuk melawan Tuhan

    dan melawan Dia yang Disucikan-Nya,

  5. Mereka berkata, "Mari kita putuskan rantai pengikat mereka
  6. Dan buangkan belenggu mereka."

  7. Dia yang bertakhta di Syurga tertawa;
  8. Tuhan mencemuh mereka,

  9. Kemudian menegur mereka dalam kemarahan-Nya
  10. dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya,

    sambil berfirman,

  11. "Aku telah menabalkan Raja-Ku
  12. di atas Sion, Bukit suci-Ku."

  13. Aku akan mengisytiharkan firman Tuhan:
  14. Dia berfirman kepadaku,

    "Engkaulah Putera-Ku;

    Hari ini Aku telah menjadi Bapamu"

  15. Mintalah daripada-Ku,
  16. Aku akan menjadikan segala bangsa warisanmu,

    dan setiap pelosok bumi ini milikmu.

  17. Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi
  18. dan menghancurkan mereka seperti tembikar.

  19. Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah;
  20. berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.

  21. Layanlah Tuhan dengan rasa takut
  22. dan bersukacitalah dengan gementar.

  23. Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah
  24. lalu kamu dibinasakan di jalan,

    kerana kemurkaan-Nya boleh menyala dalam sesaat.

    Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.

{ Fasal 3 }


  1. Ya Tuhan, betapa banyaknya musuhku!
  2. Betapa banyak yang bangkit melawanku!

  3. Banyak yang berkata tentangku,
  4. "Allah tidak akan menyelamatkannya."

  5. Tetapi Engkau adalah perisai melindungiku, Ya Tuhan;
  6. Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku,

  7. Kepada Tuhan aku berseru lantang,
  8. dan Dia menyahut seruan dari gunung suci-Nya.

  9. Aku baring dan tidur;
  10. Aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.

  11. Aku tidak akan takut terhadap puluhan ribu
  12. yang bersiap sedia melawanku di setiap pihak.

  13. Bangkitlah, Ya Tuhan!
  14. Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!

    Palulah semua musuhku di tulang rahangnya;

    patahkanlah gigi orang durjana.

  15. Daripada Tuhan datang penyelamatan.
  16. Semoga berkat-Mu di atas umat-Mu.

{ Fasal 4 }


  1. Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,
  2. Ya Allah Tuhanku yang benar,

    Kurangkan penderitaanku;

    kasihanilah aku dan dengan doaku.

  3. Berapa lamakah, hai manusia,
  4. engkau akan terus menjadikan kemuliaanku keaiban?

    Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya

    dan mencari tuhan-tuhan palsu?

  5. Ketahuilah, Tuhan telah memilih orang salih untuk diri-Nya;
  6. Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.

  7. Dalam kemarahanmu janganlah melakukan dosa;
  8. ketika di tempat tidurmu,

    sorotilah hatimu dalam senyap sepi.

  9. Persembahkan korban-korban yang wajar
  10. dan percayalah kepada Tuhan.

  11. Banyak yang bertanya," Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?
  12. Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya Tuhan.

  13. Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan
  14. lebih daripada ketika bijiran dan khamar baru mewah melimpahnya.

  15. Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,
  16. kerana hanya Engkau, Ya Tuhan,

    membolehkan aku tinggal dalam selamat.

{ Fasal 5 }


  1. Dengarlah kata-kataku, Ya Tuhan,
  2. pertimbangkan keluhanku.

  3. Dengarlah jeritanku meminta tolong,
  4. wahai Rajaku dan Allah Tuhanku,

    kerana kepada-Mu aku berdoa.

  5. Pada waktu pagi, Ya Tuhan, Kau dengar suaraku;
  6. pada waktu pagi kurafakkan permohonanku

    ke hadirat-Mu

    lalu menanti dengan harapan.

  7. Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;
  8. Dengan-Mu orang durjana tidak dapat tinggal.

  9. Orang tidak dapat berdiri di hadrat-Mu;
  10. Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.

  11. Engkau membinasakan orang yang berdusta;
  12. orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya

    dibenci oleh Tuhan.

  13. Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,
  14. akan masuk ke rumah-Mu;

    dengan sepenuh hormat aku akan tunduk

    ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.

  15. Pimpinlah KU, Ya Tuhan, dalam kebenaran-Mu
  16. kerana musuh-musuhku -

    luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.

  17. Tiada sepatah kata pun dari mulut mereka dapat dipercayai;
  18. hati mereka dipenuhi pembinasaan.

    Kerongkong mereka seperti kubur terbuka

    lidah mereka menuturkan tipu daya.

  19. Isytiharkan mereka bersalah, Ya Tuhan!
  20. Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka

    Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,

    kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.

  21. Tetapi biarlah semua orang bernaung kepada-Mu bersukacita;
  22. biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.

    Berilah mereka perlindunganmu,

    supaya orang yang mengasihi nama-Mu

    dapat bersukacita kerana-Mu.

  23. Kerana tentulah, Ya Tuhan,
  24. Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu

    seperti dengan perisai.

{ Fasal 6 }


  1. Ya Tuhan, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu
  2. atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.

  3. Kasihanilah aku, Ya Tuhan, kerana aku sudah longlai;
  4. Ya Tuhan, sembuhkah aku, kerana

    tulang-tulangku terseksa.

  5. Jiwaku gundah-gulana.
  6. Berapa lama, Ya Tuhan, berapa lama?

  7. Berpalinglah semula kepadaku, Ya Tuhan,
  8. dan lepaskan aku;

    selamatkan aku kerana kasih-Mu yang kekal.

  9. Tiada siapa mengingati-Mu setelah dia mati.
  10. Siapa yang memuji-Mu dari kubur?

  11. Aku letih lesu daripada mengerang;
  12. sepanjang malam kubanjiri

    tempat tidurku dengan tangisan

    dan kubasahi tilamku dengan air mataku.

  13. Mataku menjadi lemah dengan kesedihan;
  14. Dan semakin kelam kerana sekatan musuhku.

  15. Pergi jauh dariku, kamu semua yang berbuat jahat,
  16. kerana Tuhan telah mendengar tangisanku.

  17. Tuhan telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan;
  18. Tuhan menerima doaku.

  19. Semua musuhku akan malu dan kecewa;
  20. mereka akan berpatah balik

    dalam keaiban yang tiba-tiba.

{ Fasal 7 }


  1. Ya Allah Ya Tuhanku, kepada-Mu aku bernaung;
  2. selamatkan dan lepaskan aku

    daripada semua yang memburuku,

  3. atau mereka akan mengoyak-ngoyakkanku
  4. seperti seekor singa

    dan mencarik-carikku

    tanpa sesiapa menyelamatkanku.

  5. Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku telah melakukan ini
  6. dan tanganku bergelumang dosa -

  7. jika aku telah berbuat jahat kepada seseorang
  8. yang baik denganku

    atau tanpa sebab aku telah

    merampas milik musuhku -

  9. maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku;
  10. biar dia melanyak nyawaku ke tanah

    dan membuatku tidur dalam debu.

  11. Bangkitlah, Ya Tuhan, dalam kemarahan-Mu;
  12. bangun melawan keberangan para musuhku.

    Jagalah, ya Tuhanku; firmankan keadilan.

  13. Biarlah perhimpunan kaum-kaum mengelilingi-Mu
  14. Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;

  15. Biar Tuhan menghakimi segala kaum.
  16. Hakimi aku, Ya Tuhan, berasaskan kebenaranku,

    berasaskan ketulusanku, Ya Tuhan Maha Tinggi.

  17. Ya Allah Tuhan Yang Benar,
  18. yang menyoroti fikiran dan hati,

    tamatkan keganasan orang durjana

    dan pastikan keselamatan orang yang benar.

  19. Perisaiku Allah Maha Tinggi,
  20. yang menyelamatkan orang jujur.

  21. Allah hakim yang benar,
  22. Allah menunjukkan kemurkaan-Nya

    setiap hari.

  23. Jika Dia tidak memaafkan,
  24. Dia akan mengasah pedang-Nya;

    Dia akan memasang panah-Nya.

  25. Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya
  26. yang membawa maut;

    Dia menyediakan anak-anak panah-Nya

    yang menyala.

  27. Orang yang menghamilkan kejahatan
  28. dan membenihkan kekacauan

    akan melahirkan kekecewaan.

  29. Orang yang menggali lubang
  30. akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.

  31. Kekacauan yang disebabkannya
  32. akan memantul ke atas dirinya;

    keganasannya menimpa kepalanya sendiri.

  33. Aku akan mengucap syukur kepada Tuhan
  34. kerana kebenaran-Nya,

    dan akan menyanyikan pujian

    kepada nama Tuhan Maha Tinggi.

    Amin!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar